Berikut adalah panduan bagi yg tak ada idea macam mana nak menentukan ukuran design (bukan ukuran sticker) mereka. Kami akan tanya anda ukuran (dalam cm) yg anda tentukan sendiri apabila membuat tempahan dengan kami.
Sebelum tu mari lihat Cara sticker kami dipotong
Rujuk gambar A. Nampak lebihan di luar design warna putih tu ? yang ada anak panah. Itulah yg dimaksudkan lebihan. Kami akan potong sticker di luar design, maka akan ada lebihan putih seperti itu. Jika jenis sticker transparent akan ada lebihan transparent lah ya. Lebihan itu kadang kala tidak sekata di sekeliling sticker. Boleh jadi lebihan tu terlebih ke kanan dari kiri atau terlebih ke bawah berbanding atas.
Cara pemotongan gambar B pula amat jarang dilakukan. Ia atas permintaan pelanggan dan pelanggan mesti maklumkan semasa mula-mula buat tempahan. Bukan selepas bayaran dibuat atau saat-saat akhir kerana hanya design tertentu sahaja boleh potong macam ni. Jika tak bagitau apa-apa pada awal tempahan, maka kami guna cara biasa kami.
Alat yg diperlukan utk mendapatkan ukuran
1. Anda perlukan pembaris, kertas dan gunting. Ini yang paling asas. Yang lain-lain seperti pen, pita pelekat dan jari-jemari itu atas keperluan individu. Hehehe.. gurau pun tak boleh?
2. Konon-konon ni produknya. Sekali imbas dah tahu bekas apa kan?
Untuk produk ini, saya akan tunjuk contoh ukuran design sticker bulat (utk lekat di atas penutup) dan design sticker empat segi untuk tepi bekas ni. Ikut keperluan anda sendiri.
A. Jika Design Bentuk Bulat
3. Gunting kertas anda bentuk bulat
4. Sehingga mendapat saiz yg anda idamkan.
5. Katakanlah nak besar ni. Kalau nak lebih besar atau lebih kecil, anda yg menentukan.
Ditegaskan, sekarang ni kita sedang ambil ukuran design ya, bukan ukuran sticker. Sebab pemotong kami akan memotong di luar design.
Tidak semestinya potong cantik-cantik macam gambar atas ni. Saya potong pakai mesin sebab tu cantik hehehe
7. Lipat dua, pastikan sekata supaya anda dapat ukuran tengah-tengah.
8. Ukur kesan lipatan.
Saya ukur dalam unit cm.
1 cm = 10 mm
Contoh dalam gambar ni 3.5 cm (atau 35 mm). Letak pembaris betul-betul ya. Dalam contoh ni saya letak pembaris pun macam tak betul. Jadi tolong ambil kira ralat manusia dan mesin.
Ukuran di atas sebenarnya dipanggil diameter. Saje bagitau.
Selesai untuk bentuk bulat.
B. Jika design Selain Bentuk Bulat
Empat segi sama, empat segi tepat, lonjong, design unik dan lain-lain.
Ukuran : Diukur dari sisi / bucu design paling hujung. Contoh design di atas apabila ada bentuk yg unik.
Dalam kes hari ini katakanlah nak design empat segi biasa aje.
9. Untuk bentuk segiempat (sticker letak di keliling produk) ni, ambil kertas balut produk tu dan tandakan sikit dan kemudian gunting.
10. Sekali lagi diingatkan kita sekarang mengambil ukuran design dan bukan sticker kerana akan ada lebihan di sekeliling design. Walaubagaimanapun tidak semestinya jika anda ikut arahan ini sticker anda akan bercantum dengan tepat. Namun bukankah itu lebih baik daripada design anda ditindih sisi lagi satu?
Saya gunakan pita pelekat sebab nak ambil gambar. Anda tak perlu tampal kertas tu pun sebenarnya.
Besar mana, panjang mana tu ikut keperluan dan citara anda ya. Jangan la ikut sangat yg saya tunjuk tu. :)
Sekian terima kasih
MENU
KLIK MENU INI
- Tentang Kami
- Testimoni
- ❤️️ STICKER WARNA
- Design Ready Made Kami (STICKER WARNA)
- Cara Mengambil Ukuran Design Untuk Menempah STICKER WARNA
- Previous Order (STICKER WARNA) 1
- Previous Order (STICKER WARNA) 2
- Previous Order (STICKER WARNA) 3
- ❤️️ STICKER SEAL THANK YOU
- ❤️️ STICKER DAPUR / STICKER REMPAH
- ❤️️ STICKER NAMA BUKU SEKOLAH
- ❤️️ STICKER BIASA / STICKER ALATULIS / STICKER LABEL KECIL
- Previous Order (STICKER BIASA)
- ❤️️ STICKER SUBJEK UNTUK CIKGU
Maklumat berkaitan menu yang ada klik berada di bawah selepas gambar-gambar dari instagram ini.