MENU
Maklumat berkaitan menu yang ada klik berada di bawah selepas gambar-gambar dari instagram ini.

Instagram

Showing posts with label Tips Sticker & Tips Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Tips Sticker & Tips Perniagaan. Show all posts

Guna Design Ready Made, Tinggal Pilih Je

Bisnes dah besar nanti cari branding consultant. Peringkat awal, tempah sticker guna design yg Ready Made, tinggal pilih je.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tinggal Pilih Je

Mula-mula tempah sticker guna design biashe-biashe, tinggal pilih je. Yg penting no tel ada, senang contact.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Teringin Nak Ada Sticker?

"Teringin nak ada sticker, nak tampal pd barang jualan. Selama ni tak ada sticker".
Meh sini 😊 tak susah pun

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Senang Je Tempah Sticker

Macam mana cara nak tempah sticker? Susah? Tak susah pun. Tak tahu, tak faham, tanya. Tokey tak makan orang. Tokey makan nasik 🥰

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Design Ready Made Kami

Kalau guna 'design ready made' kami, perkataan nak cetak tu ikut apa yg anda nak. Dalam design tu contoh je 😊

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Untung Tampal Sticker

Kadang kala pelanggan beli barang yg kita jual tu bukan untuk diri sendiri. Ada yang beli utk bagi orang lain. Untunglah kalau kita memang tampal sticker. Nombor whatsapp kita ada di sticker tu. 😘

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Jangan Tangguh Tempah Sticker

Tempah sticker tu macam tempah baju raya la juga. Jangan tangguh nak tempah.. Kalau jadual penuh nanti gigit jari 😅

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Mana Satu?

Tunggu bisnes maju baru nak kena ada sticker atau kena ada sticker untuk maju (tingkatkan jualan)? 🙂

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Fungsi Sticker

Fungsi sticker ni antaranya sebagai pengenalan produk.
Nak beritahu siapa yang buat kerepek yang sedap sangat tu.. makcik peah ke.. makcik bedah? 😂

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

"SAYA NAK TEMPAH STICKER GUNA DESIGN INI"

Ini adalah perkongsian ilmu oleh Sticker Cool

"Saya nak tempah sticker guna design ini". Sambil sertakan gambar yang sekali lihat dah boleh diagak diambil dari google / internet. Kadang-kadang gambar untuk dijadikan background. Kadang-kadang design dari syarikat printing atau designer lain.

Tidak semua orang tahu 'copyright' dan 'hak milik'. Ada yang fikir selagi boleh download, selagi boleh screenshot, maka boleh guna. Nehi... nehi.. kita bukan nak senang di dunia aje, kita nak senang di akhirat lebih utama. Belum cerita bab resolusi gambar, redesign, trace dan lain-lain.

Gambar / design yang boleh diperolehi dari sumber internet seperti google, facebook, instagram, website dan sebagainya itu semua ada pemiliknya.

Yang boleh digunakan kebiasaannya dari supplier stock gambar atau design (sudah tentu berbayar : kena ada akaun khas baru boleh beli).

Berbeza situasi apabila pelanggan cuma tunjuk contoh-contoh untuk mezahirkan konsep design yang dia suka. Faham ke faham?

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Sticker Membantu Meningkatkan Jualan Produk Makanan. 🤔😁

Ramai sahabat-sahabat admin dan pelanggan Sticker Cool yang buat produk makanan. Alhamdulillah 😊
Admin nak share sesuatu hari ni, macam mana sticker boleh meningkatkan jualan makanan anda. Ada 3 situasi admin bawakan.

Situasi pertama. 😃
Admin pernah menghadiri majlis perkahwinan yang ada menyediakan kudapan di atas meja. Gayanya lepas kita makan nasi minyak ke, nasi hujan panas ke, apa-apa nasi kenduri tu, bolehlah kita merasa sedikit makanan sampingan yang disediakan di meja makan tu.

Admin makan sejenis 'kerepek' (nama kerepek sebenar dirahsiakan. eh? hehehe 😊). Subhanallah sedap betul kerepek tu. Admin pernah makan jenis yang sama tapi rasanya biasa-biasa aje tapi yang admin makan hari tu memang sedap betul!. 😋

Terasa macam nak tanya tuan rumah, tempah di mana, beli dengan siapa? tapi segan la nak tanya sebab admin tak kenal sangat tuan rumah 😅. Tapi sebab dah dijemput, admin hadir la majlis tu.

Situasi kedua. 😃
Admin tempah sejenis kuih talam (nama kuih talam sebenar dirahsiakan. eh? rahsia lagi? hehehe 😁) untuk disumbangkan ke sebuah majlis (konsep macam potluck juga lebih kurang). Admin tempah kuih talam tu sebab kuih talam tu memang sedap, kalau tak silap admin dapat nombor telefon dari group whatsapp.

Alhamdulillah, seperti dijangka memang ada peminatnya. Bersungguh-sungguh kenalan admin memuji kesedapan kuih talam tu. Admin tumpang gembira, tapi setakat tumpang je lah sebab bukan admin yang buat kuih talam tu 😁. Hehehe.. kenalan siap tanya tempah dengan siapa. Bila nak balik, admin tanya kepada kenalan nak nombor telefon pembuat kuih talam tu tak? Kalau tak silap dia kata NANTI kalau dia nak tempah, dia akan whatsapp admin untuk tanya nombor telefon itu.

❤️❤️❤️❤️❤️
Sekarang cuba kita bayangkan jika dalam ke dua-dua situasi tu, penjual-penjual meletakkan sticker di balang kerepek dan di kotak kuih talam tu. Admin rasa sesiapa yang berminat dengan mudah akan snap gambar sticker dan taraaa 😍... contact anda sebagai penjual atau pembuat makanan tu telah tersebar.

Ingat ya, sticker berperanan memberitahu pelanggan, kita yang buat makanan yang sedap itu, sticker juga berfungsi menanam ingatan atau usaha berulang-ulang supaya pelanggan ingat identiti kita sebagai penjual. Biasanya kalau pelanggan dah yakin dan minat hasil jualan kita, mereka lebih terdorong nak cuba produk yang lain yang kita buat atau jual. Dan point utama hari ni : ❤️ Sticker juga berperanan memberitahu KAWAN pelanggan kita, kitalah yang buat produk yang bagus itu. ❤️

Situasi Ketiga. 😃
Gambar sticker ini pula contoh macam mana pengusaha makanan popcorn memberitahu, "kalau anda nak tempah popcorn sebagai goodies macam pengantin ni, hubungi saya melalui contact berikut". Macam mana nak deal dengan pelanggan (pengantin) anda, itu kena kreatif. Mungkin tawarkan sekali sticker pengantin di goodies sebagai nilai tambah berbanding popcorn tanpa sticker.

Tapi jangan susahkan diri dengan tawaran yang terlalu rumit. Contohnya design sticker pengantin yang anda tawarkan terhad dan telah ditetapkan kepada 2 atau 3 jenis sahaja untuk pengantin pilih. Atau nak lagi mudah, gunakan 1 design sticker pengantin sahaja sebagai identiti anda. Jika tidak dihadkan anda akan pening dan buang masa sebab menjadi orang tengah antara pengantin dan pembuat sticker (kami Sticker Cool la pembuat sticker tu hehehe) 😘

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

USAHA MENCAPAI CITA-CITA @ IMPIAN

Hari mulia, bulan mulia ni.. admin nak share ilmu sikit. Ni min taip sendiri, ayat sendiri. Sumber pelbagai, ada yg dpt dari pergi belajar @ berguru dan dari pengalaman. Min belum berjaya tapi min tak tahu bila min akan dipanggil balik. Semoga menjadi amal jariah @ ilmu yg bermanfaat.

Jika ada cita-cita, antara yg boleh dibuat
1. Mulakan dengan doa. Jangan putus doa dan minta orang doakan terutama ibu, ayah dan orang terdekat.
2. Ulang-ulang sebut cita-cita itu walaupun hanya kpd diri sendiri.
3. Tulis cita-cita itu di kertas.
4. Bayangkan cita-cita itu telah tercapai dan bersyukur utk pencapaian yg masih dlm bayangan itu.
5. Cari maklumat dan ilmu berkaitan. Ilmu yg betul dan dari mentor @ guru yg dah melaluinya.
6. Buat. Kalau tidak bertindak, tak akan jadi.
7. Konsisten.
8. Baiki kelemahan, atasi halangan sepanjang proses atau perjalanan. Kejayaan tidak berlaku dalam sehari atau sebulan dua.
9. Sentiasa bersyukur. Jika cita-cita kewangan cthnya.. biasakan hargai sekecil² duit syiling kita. Duit jumpa tengah jalan pula adalah 'amanah' ye. Bukan 'rezeki terpijak' yg biasa orang faham. 😏
10. Sentiasa sedekah.
11. Fokus dengan apa yg dicita-citakan. Jangan semua benda nak buat.

☢️ Berhati-hati dengan apa kita cakap, fikir dan bayangkan SEHARIAN. (biasanya kita secara tak sedar kita cakap itu ini).
Ia boleh jadi doa dan boleh jadi kenyataan.☢️

Cita-cita di atas bukan hanya bermaksud cita-cita duniawi @ kewangan semata-mata.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Penggunaan Logo Halal Di Sticker

Perniagaan Sticker Cool berada di Malaysia. Majoriti pelanggan kami tentulah dari Malaysia, tapi ada juga pelanggan dari Singapura dan Brunei.

Di Brunei pun, penggunaan logo halal tidak sewenang-wenangnya. Pelanggan Sticker Cool dari Malaysia yang nak letak logo halal, kami biasanya ingatkan (bukan mandatori mesti ingatkan) kalau memang ada sijil halal jakim boleh la letak. Manakala logo bukan jakim pula memang tak dibenarkan oleh pihak berkenaan. Ini cuma nasihat peribadi.

Sebagai pengusaha makanan contohnya, kena tahu selok belok perniagaan juga, tak boleh langgar semua. Kalau kena tindakan, kami memang tak terlibat.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

AKAUN PERNIAGAAN / AKAUN SEMASA (current account) / AKAUN SYARIKAT

Salah satu sebab kena buka akaun perniagaan di bank (akaun semasa / syarikat) adalah untuk membina profil kewangan yg baik.

Akaun yg cantik iaitu ada transaksi wang masuk yg kerap akan memudahkan pemilik perniagaan mendapat keyakinan pihak bank untuk membuat pinjaman perniagaan.

Memulakan perniagaan dengan modal apa yang ada di tangan. Elak meminjam kerana risiko perniagaan tidak berjaya dalam tempoh 3 hingga 5 tahun pertama adalah besar. Namun untuk mengembangkan perniagaan kita perlu membuat pinjaman atau memiliki jaminan mampu membayar komitmen pemilikan, pembelian atau sewaan alatan mesin.

Jika sekarang masih menggunakan akaun peribadi untuk menerima bayaran daripada pelanggan, tak mengapa. Tapi mesti usahakan untuk membuka akaun perniagaan.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Saiz Sticker - Siri 2

Saiz Sticker
Siri 2

Kenapa saiz sticker merupakan perkara utama perlu dikenalpasti?
Selain kita bimbang sticker yang dah siap lebih besar dari ruang hendak ditampal sticker, saiz sticker juga antara perkara yang menentukan harga sticker.

Cara yang ideal untuk menentukan saiz sticker yg nak ditempah adalah dengan memotong kertas (anggap kertas yg dipotong itu sebagai sticker). Acukan pada ruang yang nak tampal, adjust sampai puas hati. Bentangkan kertas yg dah dipotong dan ukur dengan pembaris.

Cara menulis ukuran, boleh rujuk gambar di bawah. Ukuran dalam sentimeter ya, bukan inci, kaki mahupun kilometer 😁

Yang paling penting saiz sticker lebih kecil dari ruang yang hendak ditampal sticker. Jadi sama ada nak besar mana atau kecil mana, tuan puan yg nak tempah sticker yang tentukan dengan memberi ukuran dalam sentimeter.

Jika perkataan yang hendak dicetak dan elemen design terlalu banyak untuk saiz tersebut, barulah adjustment terhadap perkataan yg nak dicetak atau design dibincangkan.

Berhati-hati cara mengukur, sebab ikut pengalaman kami ada pelanggan memang tidak tahu pun cara meletakkan pembaris dengan betul. Contohnya ada yang meletakkan pembaris bermula dengan angka 1 bukan 0 pada ruang yang hendak diukur. Kalau ada masalah asas seperti ini, dapatkan bantuan orang lain untuk memantau atau menolong mengukur. 😊

... bersambung

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Siri 1 : http://www.kedaiirtiyah.com/2018/06/saiz-sticker-siri-1-antara-perkara-yg.html

Saiz Sticker - Siri 1

Saiz Sticker
Siri 1

Antara perkara yg perlu dikenal pasti sebelum tempahan boleh dibuat ialah..

Berapa besar (saiz) sticker yg nak ditempah. Kalau boleh walk in ke kedai untuk tempah sticker, bolehlah bawa bekas atau barang yg hendak ditampal sticker. Mudah berunding dengan pihak kedai.

Bagaimana kalau nak tempah secara online?
Gunakan pembaris untuk ukur sticker yg nak ditempah.
Bukan ukur bekas, botol, beg kertas yang nak ditampal sticker.

Elak beritahu saiz sticker yg nak ditempah tu dengan beri teka teki seperti saiz sticker botol kicap, bekas taufu fa, balang kuih raya dll. Perjalanan ceritanya jadi panjang, berbelit-berbelit, emosi dan tragedi pun boleh jadi 😂. Paling tragis dapat sticker lebih besar dari ruang nak tampal.

Kasihan.. menunggu dengan penuh harapan, dapat sticker tak boleh guna. Jadi gunalah nasihat kasih sayang dari kami ini 😁

... bersambung

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Siri 2 : http://www.kedaiirtiyah.com/2018/06/saiz-sticker-siri-2-kenapa-saiz-sticker.html

Dah fikir-fikir kan projek kuih raya 2018?

Dah fikir-fikir kan projek kuih raya 2018? Sampel kuih macam mana? Letak la sticker.. Senang bakal pelanggan nak order ke.. Usha2 media sosial kalian ke.. Hehehe

Kena pantas tau.. Janganlah tunggu last minutes.. Tangguh punya tangguh semua tak menjadi. Orang lain dah sampai bulan.. Kita baru nak tempah sticker.. Tapi tiba-tiba dpt tahu tempahan sticker dah penuh.. 😱 Eh!? Membebel pulak..

Gambar ni cerita 2017 punya baru sempat upload 😂 Pelanggan happy. Tokey Sticker Cool lagi happy 🤗😀😍 .

Anda bila lagi? Mari tempah sticker / buat sticker dengan kami. Sticker majlis kahwin, produk seperti kek, biskut raya, homemade desserts dll. Kami ada design ready made yg free caj design. Nak custom made, boleh bincang. 🤗

whatsapp kami, klik link ini : https://stickercool.com/whatsapp atau www.wasap.my/60132000503 Tidak perlu save number utk whatsapp kami .

Kami juga boleh diikuti melalui
🔹Facebook : Sticker Cool - Tempah Sticker Online
🔹IG official : stickercool
🔹IG untuk katalog : stickercool.catalogue
🔹 Website : www.stickercool.com
🔹 Website : www.kedaiirtiyah.com

 TERMA DAN SYARAT : www.stickercool.com / www.kedaiirtiyah.com 🌼
Terma dan syarat dianggap dipersetujui apabila pelanggan membuat tempahan.

Tips Sticker : Sticker Produk / Product

Sticker produk mempengaruhi keputusan pembeli. Pembeli beli makanan di gerai tepi jalan, tiada sticker pun mereka beli. mereka nampak siapa yang buat, mereka yakin maka mereka beli. Tetapi jika diri sendiri (pengeluar) tidak dapat bersama-sama produk untuk memberi keyakinan kepada pembeli, produk makanan itu perlu dilekatkan sticker untuk meyakinkan pembeli. Biasanya pembeli akan teragak-agak untuk memilih produk makanan tanpa sebarang label jika mereka tidak nampak siapa yang membuat produk makanan tersebut. cth produk makanan yg diletakkan di peti sejuk kedai runcit.

Dengan adanya sticker, sekurang-kurangnya pelanggan tahu nama produk, siapa yg mengeluarkan, bagaimana untuk menghubungi pengeluar jika sakit perut dan juga jika terlampau sedap. Adalah bonus jika sticker tersebut ada senarai bahan yg digunakan. ada pembeli yang terpaksa teliti kerana alergi makanan. Meletakkan makanan di premis yang ternama lebih ketat syarat stickernya. Sehingga ada premis yg meletakkan syarat perlu ada barkod. Merupakan satu kerugian kepada pengeluar / penjual apabila pembeli mendapati produk makanan yang dibeli sangat sedap tetapi pembeli tidak dapat mengulang beli kerana tidak tahu siapa / bagaimana utk menghubungi pengeluar / penjual.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tips Sticker : Sticker Majlis

Kebiasaannya dalam majlis seperti perkahwinan, pertunangan, akikah dll, tuan rumah menyediakan hadiah (cenderamata / cenderahati / goodies). Hadiah ini biasanya akan ditampal sticker. Ia menjadikan hadiah kelihatan lebih istimewa dan eksklusif walaupun harga kos hadiah itu sendiri tidak terlalu mahal. Hadiah tidak semestinya terdiri dari barang perhiasan. Pemberian makanan, barang kecil yg boleh digunakan dan bahan masakan juga boleh dipilih sebagai hadiah.

Sticker untuk majlis boleh diperolehi dengan kos yang murah jika bijak membuat keputusan. Tidak perlu berbelanja lebih untuk caj design / ubah suai design. Pilih design ready made yang kebiasaannya tiada caj design. Memadai memilih material mirror coat (jenis kertas) sahaja kerana harganya lebih murah berbanding material jenis lain. Tidak perlu finishing seperti laminate, gloss dll. Tempah sticker awal terutama apabila terdapat promosi / pakej menarik terutama untuk tempahan kuantiti yang banyak.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Tips Sticker : Design Sticker Bukanlah Logo

Dari kacamata pihak printing sticker.

Logo dan Design Sticker bukanlah benda yang sama.
Logo merupakan imej / lakaran unik mewakili jenama atau perniagaan anda manakala design sticker hanyalah melabel produk sahaja.

Sesetengah peniaga kecil / bakal peniaga mempunyai tanggapan dengan menganggap kedua-duanya adalah benda yang sama. Ini kurang / tidak tepat.

Untuk mudah difahami, jika seseorang peniaga membuat keputusan meletak contact seperti nombor telefon, instagram atau facebook mereka di logo dan ia diprint dan ditampal ia bukan lagi menjadi logo tetapi telah menjadi sticker. Ya, logo mungkin boleh ada dalam sticker tetapi apabila ditambah dengan maklumat-maklumat lain seperti contact, nama produk, bahan, hiasan dll maka ia tidak lagi menjadi logo.

 Logo mempunyai kelas dan level yang unik dan tinggi. Tidak seharusnya logo sesebuah perniagaan sama dengan perniagaan yg lain. Sebab itu juga biasanya penghasilan logo melibatkan bayaran servis / caj yang jauh lebih tinggi dari design / rekaan sticker.

Design / rekaan sticker lebih kepada melabel produk. Design yg tersendiri dan unik adalah kelebihan tetapi tidak lah mendesak berbanding logo. Bergantung juga kepada terma dan syarat penyedia / pereka design sticker tersebut.

Oleh itu, jika anda bercadang membuat sticker dengan memasukkan logo sekali, biasanya pihak printing meminta file logo yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam design sticker. Walaubagaimanapun, tidak semestinya logo perlu ada dalam sticker. Jika tiada pun, masih OK lagi. [ Ditulis oleh Sticker Cool www.stickercool.com ]

+60132000503