MENU
Maklumat berkaitan menu yang ada klik berada di bawah selepas gambar-gambar dari instagram ini.

Instagram

Saiz Sticker - Siri 2

Saiz Sticker
Siri 2

Kenapa saiz sticker merupakan perkara utama perlu dikenalpasti?
Selain kita bimbang sticker yang dah siap lebih besar dari ruang hendak ditampal sticker, saiz sticker juga antara perkara yang menentukan harga sticker.

Cara yang ideal untuk menentukan saiz sticker yg nak ditempah adalah dengan memotong kertas (anggap kertas yg dipotong itu sebagai sticker). Acukan pada ruang yang nak tampal, adjust sampai puas hati. Bentangkan kertas yg dah dipotong dan ukur dengan pembaris.

Cara menulis ukuran, boleh rujuk gambar di bawah. Ukuran dalam sentimeter ya, bukan inci, kaki mahupun kilometer 😁



Yang paling penting saiz sticker lebih kecil dari ruang yang hendak ditampal sticker. Jadi sama ada nak besar mana atau kecil mana, tuan puan yg nak tempah sticker yang tentukan dengan memberi ukuran dalam sentimeter.

Jika perkataan yang hendak dicetak dan elemen design terlalu banyak untuk saiz tersebut, barulah adjustment terhadap perkataan yg nak dicetak atau design dibincangkan.

Berhati-hati cara mengukur, sebab ikut pengalaman kami ada pelanggan memang tidak tahu pun cara meletakkan pembaris dengan betul. Contohnya ada yang meletakkan pembaris bermula dengan angka 1 bukan 0 pada ruang yang hendak diukur. Kalau ada masalah asas seperti ini, dapatkan bantuan orang lain untuk memantau atau menolong mengukur. 😊

... bersambung

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

Siri 1 : http://www.kedaiirtiyah.com/2018/06/saiz-sticker-siri-1-antara-perkara-yg.html

+60132000503