MENU
Maklumat berkaitan menu yang ada klik berada di bawah selepas gambar-gambar dari instagram ini.

Instagram

Tips Sticker : Sticker Produk / Product

Sticker produk mempengaruhi keputusan pembeli. Pembeli beli makanan di gerai tepi jalan, tiada sticker pun mereka beli. mereka nampak siapa yang buat, mereka yakin maka mereka beli. Tetapi jika diri sendiri (pengeluar) tidak dapat bersama-sama produk untuk memberi keyakinan kepada pembeli, produk makanan itu perlu dilekatkan sticker untuk meyakinkan pembeli. Biasanya pembeli akan teragak-agak untuk memilih produk makanan tanpa sebarang label jika mereka tidak nampak siapa yang membuat produk makanan tersebut. cth produk makanan yg diletakkan di peti sejuk kedai runcit.

Dengan adanya sticker, sekurang-kurangnya pelanggan tahu nama produk, siapa yg mengeluarkan, bagaimana untuk menghubungi pengeluar jika sakit perut dan juga jika terlampau sedap. Adalah bonus jika sticker tersebut ada senarai bahan yg digunakan. ada pembeli yang terpaksa teliti kerana alergi makanan. Meletakkan makanan di premis yang ternama lebih ketat syarat stickernya. Sehingga ada premis yg meletakkan syarat perlu ada barkod. Merupakan satu kerugian kepada pengeluar / penjual apabila pembeli mendapati produk makanan yang dibeli sangat sedap tetapi pembeli tidak dapat mengulang beli kerana tidak tahu siapa / bagaimana utk menghubungi pengeluar / penjual.

Sticker Cool
www.wasap.my/60132000503 @ https://stickercool.com/whatsapp
Fb : Sticker Cool - Tempah Sticker Online @stickercooldotcom 😊 ig : @stickercool 😊 www.stickercool.com
#stickercooldotcom #stickercool #rafeahshareilmu #stickercoolshareilmu #tempahsticker

+60132000503